Kes dadah: Reman pelakon lelaki disambung

  • 6 years ago
Polis mendapatkan kebenaran Mahkamah Majistret Muar untuk menyambung reman enam hari bermula Khamis terhadap seorang pelakon lelaki dan rakannya berhubung penemuan lebih 1.3 kilogram syabu dalam kereta dinaiki mereka pada Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob memaklumkan, lanjutan reman itu bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadap kes membabitkan suspek selepas tempoh reman mereka sebelum ini tamat hari ini.