Bagaimana anda boleh mengganti styrofoam?

  • 6 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Buat pertama kali di Malaysia, bekas makanan eko atau “Eco Bento” dilancarkan hari ini (Sabtu) bersempena dengan kempen “Youth Says No To Styrofoam” di Festival Belia 2015. Diperbuat daripada 100 peratus bahan kitar semula, bekas makanan ini merupakan alternatif terbaik bagi menggantikan bekas styrofoam yang bukan sahaja menjejaskan alam sekitar malah memudaratkan kesihatan. Bersama kita wartawan Tan Su Lin yang melihat secara dekat mengenai kebaikan menggunakan bekas makanan Eco Bento.