Sembilan penyokong bola sepak ditahan reman

  • 6 years ago
Susulan penyokong bola sepak Vietnam diserang ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam, Ahad lalu. Sembilan lelaki ditahan reman empat hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan tersebut. Majistret Farah Azura Mohd Saad mengeluarkan perintah reman, bagi membolehkan kesemua suspek berumur antara 19 dan 29 tahun itu disiasat mengikut seksyen 147 kanun keseksaan bagi kesalahan merusuh.