Peniaga diberi tempoh 14 hari tukar tanda harga

  • 6 years ago
Kesemua peniaga di negara ini diberi tempoh selama 14 hari untuk menukar tanda harga mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Timbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Putrajaya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata peniaga perlu memastikan tanda harga baharu yang dipamerkan pada produk adalah termasuk dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).