Perdagangan Malaysia-China dijangka meningkat AS110 bilion

  • 6 years ago
Matrade menjangkakan perdagangan antara Malaysia dan China meningkat kepada AS110 bilion dolar Amerika tahun ini berbanding AS102 bilion dolar tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Dzulkifli Mahmud berkata peningkatan itu dipacu komitmen yang dibuat kedua-dua negara untuk meningkatkan perdagangan dua hala kepada AS160 bilion dolar menjelang 2017.