Kanak-kanak hidap kenser hati berkuprum dalam kritikal

  • 6 years ago
Nur Syamimiliyana Estrop, kanak-kanak berusia 7 tahun yang menghidap kanser hati berkuprum belum menemui penderma hati yang sesuai hingga saat ini. Dalam kisah Syamimi yang pernah kami siarkan sebelum ini, keadaan beliau ketika itu sudah boleh dikira kritikal dan nasihat doktor kepada bapanya begitu menyayat hati kerana jangka hayatnya tidak bertahan lama. Hari ini beliau dilaporkan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi berikutan beliau semakin tidak stabil berbanding sebelumnya.