Ucapan takziah daripada barisan pemimpin

  • 6 years ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atas pemergian bekas Menteri Besar Kelantan itu. Najib menghentikan sebentar majlis yang dihadirinya, dan memimpin bacaan Al-Fatihah dan mendoakan roh Allahyarham Nik Abdul Aziz dicucuri rahmat. Beliau ketika itu sedang berucap pada Majlis Ulang Tahun Ke-15 Yayasan Pendidikan Cheras selepas dimaklumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.