Insiden taska surau runtuh di Sarawak

  • 6 years ago
Sebuah taska dan surau di Sekolah Kebangsaan Kampung Buda, di Spaoh, Betong, Sarawak dihanyutkan ke dalam sungai selepas tebingnya runtuh, awal pagi tadi.

Bilik gerakan operasi bomba Sarawak dalam kenyataannya berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi tadi, dipercayai akibat arus sungai yang deras.

Untuk perkembangan kejadian itu, bersedia di talian, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Sarawak Farhan Sufyan Bin Borhan.