Lelaki ditemui rentung dalam kereta

  • 6 years ago
Seorang lelaki ditemui rentung dalam but sebuah kereta dipercayai dibunuh, di tempat letak kenderaan berhampiran Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur di Ampang Jaya, Ampang. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad memaklumkan, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu dipercayai dibakar sekumpulan lima lelaki yang menaiki kenderaan lain.