Melangkah ke hadapan #NahasDuke ragut seorang sahabat

  • 7 years ago
Nahas 2 Mei lalu di lebuhraya Duke mengorbankan bukan sahaja sepasang suami isteri dan bayi mereka, malah seorang sahabat. Melalui nukilan di blog, Pujangga Berbicara terus berkongsi kisah rakan baiknya arwah Fairuz Nizam. Melangkah ke hadapan..wartawan Norsiah Ramli hari ini menemubual penulis blog Pujangga Berbicara, Mohd Husin bagi menyelusuri kehidupan keluarga arwah Fairuz Nizam.