Mercy mulakan operasi bantuan kepada pelarian di kem

  • 6 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy) hari ini mula menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk pelarian Rohingya dan Bangladesh di Pusat Tahanan Imigresen Belantik, di Kedah.

Presidennya, Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus dalam satu kenyataan berkata, Mercy memulakan operasi bantuan di dalam pusat tahanan dengan kerjasama penuh pihak berkuasa berkaitan.