Kapal karam: Pasukan penyelamat pergiat operasi menyelamat

  • 6 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ke atas kapal korek yang karam sekitar pukul 4.20 pagi Rabu di 8.6 batu nautika timur Tanjung Punggai, Johor terus dipergiat.

Kapal Ocean Line 208 yang berdaftar di Bolivia itu dipercayai karam akibat dipukul ombak besar sehingga menyebabkan 15 anak kapal tercampak ke dalam laut.