GST rancakkan industri halal negara

  • 6 years ago
Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan GST yang berkuat kuasa hari ini akan memberi manfaat dari segi kos menjalankan perniagaan lebih rendah menerusi pengembalian sebarang cukai input. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata GST adalah bahagian utama daripada satu siri terbesar pembaharuan cukai dalam sejarah negara dengan sasaran menjadikan sistem percukaian lebih cekap, berkesan, telus dan mesra perniagaan.