Individu berdaftar dengan E-Kasih dikecualikan GST

  • 6 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Kerajaan sedia mengecualikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada golongan tertentu termasuk orang kurang upaya, mahasiswa dan golongan termiskin yang berdaftar dengan E-Kasih. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, menegaskan GST setakat ini berjaya mengurangkan impak ke atas golongan berpendapatan rendah dengan barangan mentah dan makanan asas dikecualikan daripada cukai itu.