Perkembangan kes saman Anina Saadudin

  • 7 years ago
Pada 28 Ogos Lepas.

Bekas anggota UMNO Anina Saadudin memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab. Rauf Yusoh.

Anina dilaporkan menuntut pembayaran RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di Singapura.

Mahkamah tinggi pada 1 Oktober membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantung kesemua prosiding saman yang difailkan bekas anggota UMNO Anina Saadudin berhubung pembayaran berjumlah RM2.6 bilion itu.

Najib dan Ab Rauf sebelum ini memohon mahkamah menggantung prosiding sehingga mahkamah mendengar permohonan mereka untuk mengetepikan writ saman Anina.

Dan mahkamah menetapkan hari ini, 6 Oktober untuk pengurusan kes bagi permohonan mengetepikan saman itu.

Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.


Visit http://www.astroawani.com for more news.

Astro AWANI LIVE http://www.astroawani.com/videos/live
Subscibe to NJOI AWANI https://www.youtube.com/njoiawani
Follow us on Website http://www.astroawani.com
Like us on Facebook https://www.facebook.com/astroawani
Follow us on Twitter https://twitter.com/501Awani
Follow us on Instagram http://instagram.com/501awani