Najib, Jokowi tekad tingkat pelaburan dua hala

  • 6 years ago
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau juga telah menyatakan kepada Presiden Joko Widodo bahawa malaysia menyambut baik pelabur dari Indonesia. Perdana Menteri berkata reaksi Widodo juga sangat positif untuk menerima pelaburan Malaysia ke Indonesia, dan akan memberi keutamaan terhadap pelabur-pelabur dari Malaysia. Sehingga November 2014, jumlah dagangan Indonesia-Malaysia mencatat 19 bilion dolar, dengan jumlah pelaburan Malaysia ke negara itu hampir mencecah 1 bilion dolar setakat ini. Pelabur Malaysia banyak melabur dalam sektor kelapa sawit, perbankan, perlombongan, telekomunikasi dan kesihatan di negara itu.