OPEC kekal paras keluaran untuk saingi minyak AS

  • 7 years ago
Harga minyak mentah Amerika Syarikat, AS jatuh lebih dua dolar Amerika setong dalam dagangan di Asia hari ini. Kontrak hadapan Brent juga mencecah paras terendah dalam empat tahun selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak, OPEC memutuskan mengekalkan paras pengeluaran semasa. Kedua-dua kontrak minyak mentah AS dan Brent, kini sudah mencatat penurunan harga lima bulan berturut-turut, paling lama sejak krisis kewangan dunia pada 2008.