Signifikan lawatan Jokowi ke Malaysia

  • 6 years ago
Pilihan Malaysia sebagai lokasi pertama lawatan Joko Widodo selepas dilantik sebagai presiden Indonesia, disifatkan sebagai satu penghormatan kepada Malaysia sekaligus mencerminkan keakraban dua negara. Lawatan sulung Jokowi selama tiga hari bermula pada khamis ini juga signifikan dalam mengeratkan lagi hubungan sedia terjalin antara dua negara jiran dari rumpun yang sama.