Ayah MB Perak meninggal dunia

  • 6 years ago
Bapa kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, meninggal dunia kira-kira jam 1.10 pagi tadi.

Allahyarham Abdul Kadir Muhammad atau lebih dikenali sebagai Pak Karim meninggal dunia di Hospital Desa Pangkor berpunca serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan tujuh anak dan bakal disemadikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai ketua kampung Teluk Raja Bayang selama 23 tahun dan bersara pada tahun lepas.