PM garis empat fokus perlu dikuasai universiti tempatan

  • 6 years ago
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat dasar yang perlu diberi keutamaan oleh universiti-universiti tempatan ke arah melahirkan graduan yang cemerlang seiring keperluan semasa. Beliau berkata, penekanan pertama adalah dari segi pembangunan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) manakala kedua membangunkan budaya berinovasi dalam kalangan warga universiti. Perkara ketiga dan keempat pula, pembangunan keusahawanan dan kebolehan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.