SPRM siasat tuntutan wang ehsan mangsa banjir

  • 6 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafa Ali, memaklumkan pihaknya menyiasat lebih 39 daripada 286 aduan diterima melibatkan penyelewengan dana banjir.

Siasatan mengikut akta SPRM 2009 itu dibuat sepanjang proses pengagihan bantuan wang ehsan kepada mangsa banjir yang melanda negeri itu tahun lalu.

Bagaimanapun, siasatan berkenaan tidak melibatkan kes mahkamah.