PM: GST tidak popular, tetapi perlu dilaksanakan

  • 6 years ago
Kerajaan tidak perlu takut untuk membuat keputusan yang tidak popular sekiranya ia dapat memberi manfaat kepada negara dalam jangka masa panjang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan biarpun pelaksanaan dasar seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) mungkin tidak popular, namun ia akan memberi manfaat kepada rakyat dalam jangka masa panjang.