Pelaksanaan hudud di Kelantan hanya untuk orang Islam

  • 7 years ago
Rang undang-undang kanun jenayah syariah dua kurungan 1993 pindaan 2015 yang lebih dikenali sebagai hukum hudud, dibentang Kerajaan Kelantan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini. Rang undang-undang setebal 47 muka surat itu yang menjadi pertikaian antara PAS serta dua rakan komponen Pakatan Rakyat iaitu dap dan PKR, dibentangkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, pada jam 11 pagi tadi. Bagaimanapun, perbahasan pindaan enakmen itu ditangguhkan hingga ke pagi esok. Laporan lanjut bersama koresponden Astro Awani Kelantan, Muhafandi Muhamad.