Kaum Cina digalakkan menyertai SPRM

  • 7 years ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggalakkan lebih ramai kaum cina menyertai warga kerjanya untuk bersama-dalam usaha memerangi rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed memaklumkan, penyertaan komuniti Cina terutamanya belia yang baru menamatkan pengajian, sangat diperlukan bagi membantu menjelaskan kepada orang awam, khususnya kaum Cina, berkenaan rasuah.