Permintaan buah kurma menjelang Ramadan

  • 7 years ago
Kurma atau tamar. Buah ini sememangnya antara makanan yang menjadi pilihan di bulan Ramadan sebagai juadah berbuka puasa dan sahur. Apa tidaknya, selain sebagai mengikut sunnah Rasulullah, buah tersebut mempunyai khasiat tersendiri yang mampu memberi tenaga tambahan selepas seharian berpuasa.