Jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim buat penampilan terakhir

  • 7 years ago
Jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim akan membuat penampilan terakhir selaku pengendali pasukan itu pada perlawanan menentang Terengganu Sabtu ini.

Abu Bakar Fadzim, yang dinaikkan pangkat dari Jurulatih Skuad Piala Presiden Perak ke Skuad Liga Super, hanya mampu bertahan selama 6 bulan sahaja sebelum PAFA mengambil keputusan menukar jurulatih baru.

Pasukan Perak kini menduduki tangga tercorot dalam Liga Super, rekod terburuk yang pernah dialami Perak sepanjang bersaing dalam Liga Super.

Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.