Masih banyak peluang terbuka untuk untuk IKS di Medini

  • 6 years ago
Masih banyak peluang terbuka bagi peserta Industri Kecil dan Sederhana (IKS), khasnya dalam bidang perkhidmatan, untuk memperluaskan operasi mereka di Medini, wilayah pembangunan Iskandar.

Naib Presiden Kanan Pemasaran Strategik Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd Muaazam Mahmud berkata, proses transformasi yang giat dijalankan di kawasan itu sekarang bakal memberikan platform kepada peserta IKS untuk berbuat demikian.