Tindakan Khairuddin sabotaj kestabilan negara

  • 6 years ago
Polis menyifatkan tindakan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan sebagai satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan Negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata Khairuddin seharusnya memberi ruang dan peluang kepada agensi-agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).