PDRM-ATM akan digerakkan ke Cameron Highlands

  • 6 years ago
Polis Diraja Malaysia, PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia, ATM akan digerakkan ke Cameron Highlands bagi menggempur kegiatan penerokaan tanah secara haram di kawasan itu pada waktu malam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata ia susulan perbincangan dengan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang mahu tindakan tegas dilakukan ke atas mereka yang bertanggungjawab melakukan kesalahan itu.