Jersi tiruan bernilai RM1 juta dirampas

  • 6 years ago
Kurang sebulan kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Brazil, jersi tiruan pasukan bertanding juga semakin mendapat perhatian penyokong. Di Selangor lebih 25 ribu helai jersi tiruan pelbagai jenama dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Lebih mengejutkan serbuan ke atas sebuah stor di Petaling Jaya itu turut mendapati jersi gred C dijual dengan harga yang tidak berpatutan RM50 sehelai.

Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.