Polis mohon kerjasama penduduk jejaki PATI

  • 6 years ago
Polis mengesahkan, sehingg lewat petang tadi, 63 mangsa berjaya diselamatkan iaitu membabitkan 50 lelaki, 12 wanita dan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun. Manakala sebanyak 13 mayat ditemui setakat ini, iaitu 10 lelaki dan 3 wanita. Sementara itu, polis percaya jumlah mangsa yang terselamat dalam insiden bot karam di pulau carey lebih tinggi berbanding dilaporkan setakat ini. Polis juga percaya, di kalangan 21 mangsa yang masih hilang, ada mereka yang berjaya menyelamatkan diri dan kini menyembunyikan diri bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.