Peniaga mahu MBAS sedai parkir khas elak kesesakan

  • 6 years ago
Peniaga pasar sehari di Simpang Kuala, Alor Setar menggesa Majlis Bandaraya Alor Setar, MBAS menyediakan tempat letak kereta khas bagi mengatasi masalah kesesakan di kawasan itu.

Ketiadaan tempat letak kereta khas dan faktor jalan yang sempit menyebabkan kebanyakan kenderaan diletakkan secara tidak teratur sekaligus mengundang kesulitan kepada orang ramai.