Kedah catat peningkatan kes demam denggi

  • 6 years ago
Kedah mencatat peningkatan 34 peratus kes demam denggi atau 211 kes bagi tempoh 1 Januari hingga 7 Mac lalu berbanding 157 kes tempoh yang sama tahun lepas. Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail bagaimanapun berkata, setakat ini tiada kes kematian akibat denggi direkodkan.