Abu Backer kembali berkempen

  • 7 years ago
Selepas dua hari terlantar di hospital akibat kecederaan yang dialami selepas merempuh kereta Ketua Menteri Pulau Pinang selasa lalu, calon bebas pilihan raya kecil (PRK) Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan kembali meneruskan kempennya. Berbaki dua hari lagi Abu Backer menyambung kempennya dengan berceramah di hadapan perkarangan Masjid Bandar Baru Ayer Itam selepas solat Jumaat.