Rangkuman kejadian 2 insiden bot karam

  • 6 years ago
Dalam tempoh dua hari berturut-turut, negara menyaksikan dua kejadian bot karam, masing-masing membabitkan sebuah bot pompom dan bot pancung di perairan Selangor.

Kesemua 124 mangsa bot karam itu adalah pendatang tanpa izin Indonesia yang cuba pulang ke negara asal bagi menyambut Ramadan.

Pihak berkuasa percaya wujud sindiket yang mendalangi urusan untuk menyusup keluar kesemua pendatang itu menggunakan bot yang melebihi had muatan.

Kedua-dua bot itu berlepas selang beberapa jam antara satu sama lain.

Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.