Balai Gambang bakal jadi tumpuan

  • 7 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Selain Panca Persada, Balai Gambang yang membawa Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyusuri Sungai Perak bakal menjadi tumpuan.

Ini kerana isitiadat melawat makam-makam Sultan terdahulu dengan menyusuri sungai tidak berlangsung di negeri-negeri lain di Malaysia.

Balai Gambang dibina membabitkan kerjasama JKR Perak dan pelajar serta pensyarah, Fakulti Sains Maritim, Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) kampus Lumut.

Bertanggungjawab mereka bentuk, Balai Gambang dibina menggunakan tiga khal atau trimaran yang menggunakan gentian kaca sepanjang 12 meter dan dicantum melalui `Decking' yang turut disalut gentian kaca.