Satu panel ditubuh siasat kenaikan kos pembinaan KLIA 2

  • 6 years ago
Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah (PPPR) mencadangkan penubuhan sebuah panel penyiasat bagi mencari punca peningkatan kos dan kelewatan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Pengerusi PPPR Tan Sri Johan Jaaffar berkata panel penyiasat ini harus menjawab persoalan mengenai pengurusan kewangan dan kos selain mengenal pasti kecuaian sekiranya ada.