Pantai Timur Sabah berisiko dilanda gempa bumi

  • 6 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Beberapa kawasan di Sabah, khususnya di Pantai Timur negeri itu berkemungkinan dilanda gempa bumi.

Ketua Kumpulan Penyelidik Geo-Kejuruteraan Dan Geo-Bencana, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Edy Tonnizam Mohammad berkata ia berikutan kedudukan kawasan itu yang berhampiran dengan negara aktif gempa bumi iaitu Filipina dengan sejarah gempa bumi sehingga 7 skala richter.