Nahas MH17: Pakar khas Malaysia dibenar memasuki kawasan nahas

  • 6 years ago
Berita yang baru kami terima dari Kiev, Ukraine.

Selepas beberapa hari rundingan antara negara berkepentingan dengan puak pemisah dijalankan, tiga pakar siasatan nahas Malaysia akhirnya dibenarkan memasuki kawasan nahas.

Mereka akan bergerak ke Kharkiv pada pukul 8 malam waktu tempatan menaiki pesawat.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pasukan pemerhati antarabangsa dari Pertubuhan Keselamatan Dan Kerjasama Eropah, OSCE akan mengiringi ketiga-tiga pakar itu ke bandar Torez menaiki kereta berperisai.

Astro AWANI
Website: http://www.astroawani.com/
Facebook: https://www.facebook.com/astroawani
Twitter: https://twitter.com/501Awani
Youtube: https://www.youtube.com/njoiawani
Instagram: http://instagram.com/501awani