Inovasi krim asas Cashmere untuk pengguna Muslim

  • 6 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Pemakaian produk kosmetik pada wajah sering mengundang keraguan bagi pengguna Islam terutamanya bila tiba waktu untuk bersolat.

Ini kerana produk kosmetik yang mengandungi bahan silikon akan menghalang air daripada sampai ke kulit dan menyebabkan tidak sah wudhuk seseorang itu.

Menyedari kelemahan yang terdapat pada beberapa produk kosmetik terutamanya jenama antarabangsa, pengasas Cashmere menghasilkan krim asas untuk pengguna Muslim.