Polis Kelantan sedang menyiasat penemuan sejumlah senjata api yang diseludup melalui pengkalan haram di Pos Sungai Raub, Sungai Jambu, Tumpat 29 Ogos lalu. Hasil intipan dan serbuan anggota batalion kelima rejimen sempadan menemui 4 senjata api dalam guni yang di bawa dua daripada tiga lelaki.