Kelemahan ringgit tidak gambar asas ekonomi

  • 6 years ago
Kelemahan nilai ringgit adalah yang dijangka oleh Bank Negara Malaysia BNM dan ia dipacu sentimen pelabur yang melupuskan pegangan aset kewangan mereka. Ia susulan kemungkinan berlakunya perubahan dasar kewangan di Amerika Syarikat selain petanda kelemahan dan momentum pertumbuhan global yang tidak menentu. Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata kejatuhan harga minyak mentah dunia turut memberi kesan kepada pelabur bahawa pendapatan kerajaan akan menurun.