Melaka, Negeri Sembilan meterai perjanjian air

  • 6 years ago
Kerajaan Melaka dan Negeri Sembilan hari ini memeterai perjanjian pembekalan air terawat bagi membantu mengatasi masalah simpanan air di empangan Gemencheh. Perjanjian itu membabitkan pembekalan air terawat kira-kira lima ribu meter padu air terawat sehari oleh Syarikat Air Melaka Berhad, SAMB kepada Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd, SAINS.