Sandakan dilanda banjir

  • 6 years ago
Bukan sahaja Pantai Timur, malah negeri Sabah turut sama dilanda banjir. Dilaporkan air naik pada malam tadi di beberapa kawasan di Sandakan dengan Kudat. Enam keluarga dari Sandakan terpaksa dipindahkan, tetapi masih belum ditempatkan di mana mana pusat pemindahan kerana pusat pemindahan belum dibuka. Dan untuk mengetahui perkembangan di negeri dibawah bayu, bersama di talian wakil wartawan Astro Awani di Sabah, Ridzal Abdullah.