Pesalah cermin gelap tetap kena bayar saman

  • 6 years ago
Pesalah trafik yang telah dikenakan saman kerana menggunakan kenderaan bercermin gelap perlu membayar saman itu selagi undang-undang berkaitan belum dipinda.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman SAC Mohd. Fuad Abd. Latiff memaklumkan polis hanya menangguhkan operasi memburu kenderaan terbabit dalam Ops Warta Isnin ini sehingga pengumuman baru oleh Kementerian Pengangkutan.