Bajet 2015 diharap terus sokong industri penerbangan

  • 6 years ago
Para penggiat industri sektor penerbangan optimistik bahawa kerajaan akan terus mengembangkan industri pelancongan memandangkan ia memberi kesan limpahan yang positif ke atas perniagaan pengangkutan udara.

Penganalisis HLIB Research, Daniel Wong berkata Bajet 2015 yang akan diumumkan pada 10 Okt ini, mungkin memberi fokus ke atas industri pelancongan disebabkan kerajaan mahu menggerakkan sektor ini ke hadapan pasca tragedi MH370 dan MH17.