MH17: Dewan Rakyat akan adakan Sidang Khas

  • 6 years ago
Dewan Rakyat akan mengadakan Persidangan Khas pada 23 Julai ini bagi membahaskan usul mengenai nahas MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memaklumkan beliau menerima surat pemakluman memanggil sidang khas berkenaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.