Tangani spekulasi liar melalui facebook

  • 7 years ago
Kehilangan pesawat MH370 selama 100 hari menimbulkan pelbagai spekulasi di media sosial.

Namun tidak semua spekulasi itu dibuat berdasarkan fakta.

Ada yang keterlaluan sehingga menyinggung perasaan keluarga waris anak kapal serta penumpang pesawat itu.

Keadaan ini mendorong pengamal media sosial Dr Mohd Ghouse Mohd Noor mewujudkan sebuah akaun facebook Khas bagi mengumpul maklumat sahih berkaitan MH370.