Maut tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda

  • 6 years ago
Seorang pemandu pacuan empat roda maut kerana tersepit selepas kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di kilometer 55.7 Lebuhraya Utara Selatan. Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi tadi, pemandu kenderaan yang sarat membawa minuman keras dipercayai gagal mengelak sebuah lori yang secara tiba-tiba memasuki lorong sebelah kanan lalu terus melanggar bahagian belakang lori terbabit. Akibat pelanggaran itu, mangsa berusia 30 tahun tersepit di tempat duduk bahagian pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Astro AWANI
Website: http://www.astroawani.com
Facebook: https://www.facebook.com/astroawani
Twitter: https://twitter.com/501Awani
Youtube: https://www.youtube.com/njoiawani
Instagram: http://instagram.com/501awani