Pelajar tingkatan tiga maut jatuh siling dewan sekolah

  • 6 years ago
Seorang pelajar tingkatan 3 maut selepas dipercayai terjatuh dari siling dewan Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Syed Alwi, Kangar Perlis.

Dalam kejadian 11 pagi Rabu itu, mangsa Muhammad Hakimi Zulkefli meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.

Mangsa jatuh daripada ketinggian hampir 40 kaki.